About Us

Mengenali Kami

Global Unity Network(Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global) atau ringkasnya UNITY adalah cetusan ilham Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012 iaitu Shah Kirit Kakulal Govindji bersama-sama 12 rakan pendakwah yang lain. UNITY telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 2015.

UNITY berhasrat untuk menerajui usaha membentuk perpaduan yang lebih kukuh antara masyarakat yang pelbagai di Malaysia menerusi kursus latihan dakwah & dialog antara pimpinan agama agar maklumat Islam dapat disampaikan secara meluas & mudah.

Selain itu, UNITY juga menyediakan perkhidmatan seperti rundingcara akidah, bimbingan mualaf, kebajikan & banyak lagi.

MOTTO KAMI

“UNITY THROUGH KNOWLEDGE”

Aspek ilmu merupakan sumber asas sesuatu perpaduan yang menjadi dasar utama kami di UNITY. Melalui ilmu inilah menjadi tunjang kepada usaha-usaha dakwah untuk menyampaikan Islam kepada manusia

 

USAHA-USAHA KAMI

Selain daripada program-program kursus-kursus dakwah samada diSeminar-seminar dan dikelas-kelas, kami komited dalam usaha-usaha seperti berikut:-

  • Hentikan Islamophobia
  • Meleraikan salah faham terhadap Islam
  • Menyantuni non-muslim
  • Penyebaran Dakwah melalui Media Sosial
  • Mengurus Saudara Baru atau Mualaf
  • Menjawab soalan-soalan ganas terhadap Islam
  • Menangani gejala murtad

 

Bro. Shah Kirit Kakulal Govidji

Presiden Global Unity Network

Hampir setiap hari menitis air mata kerana tidak tahu menyampaikan Islam kepada keluarga kesayangannya.

Namun, Allah menjawab segala doa beliau dengan membuka satu persatu peluang untuk mendalami Islam dengan tokoh-tokoh hebat seperti Dr. Zakir Naik, Syeikh Nuruddeen Lemu, Profesor Dr. Muhammad Al-Mahdi dan banyak lagi.

Dilengkapi penuh dengan ilmu, tercetuslah semangat yang membara untuk berdakwah dan ini merupakan satu titik perubahan dalam kehidupannya. Semenjak itulah, Bro Shah amat aktif dalam lapangan dakwah terutama menyampaikan mesej Islam kepada non muslim.

Selain daripada menyampaikan risalah Islam menerusi ceramah, kursus, forum dan sebagainya, beliau juga kerap mewakili Islam dalam pelbagai program dan dialog antara agama yang dianjurkan di Gereja, Kuil Hindu, Vihara Buddha. Beliau juga banyak mengendalikan pelbagai aktiviti dan program dakwah di dalam dan luar Malaysia.

Usaha dakwah beliau turut diiktiraf dan pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Dakwah bagi Islamic Information & Services Foundation (IIS), Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Keharmonian Pelbagai Agama (2010 – 2015) yang dilantik oleh Kabinet Malaysia, dan Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Atas sumbangan dan khidmatnya dalam arena dakwah, beliau telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan, seperti Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan (2012), Anugerah Pendakwah Negara -Saudara Kita (2015), Duta Rahmah -Lantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Felo Daie Muda YADIM -TV Al Hijrah (2022) dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda ingin mempelajari kaedah dakwah yang berkesan, semestinya kursus yang direka khas oleh Bro Shah Kirit adalah sebuah kursus yang anda tidak ingin terlepas !

Belajar Segera